Tips Fotografi : Flash / Speedlight (Kesan Sudut Cahaya Flash, Penggunaan Diffuser & White Card)

Assalamualaikum semua. Pada tips kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai penggunaan external / hot shoe flash / speedlight. Ianya berkenaan sudut cahaya flash ke subjek, penggunaan diffuser dan white card. Perkara - perkara sebegini menghasilkan kesan pencahayaan yang berbeza kepada subjek dan background.

Direct / flash menghala tepat ke arah subjek. Ini menghasilkan gambar yang terang di bahagian tengah dan beransur gelap di bahagian tepi gambar. Background yang terhalang cahaya oleh subjek juga menjadi gelap. Ini adalah sinonim dengan flash asal kamera atau jika jurugambar ingin mengambil gambar subjek dari jauh dalam tempat gelap.
Penggunaan diffuser (plastik berbentuk segi empat pada hujung flash membuatkan cahaya lebih tersebar rata dan lebih 'soft'. Ini dapat dilihat dengan kurangnya kesan silau di bahagian tengah berbanding direct flash dalam gambar di atas. Namun terdapat lagi teknik yang lebih sesuai untuk mendapatkan gambar yang lebih natural.
Bounce / Pantulan ke siling / atap rumah. Flash dihalakan ke atas supaya cahaya disebarkan secara luas oleh siling dan jatuh ke subjek sebagai cahaya yang sodt dan menyeluruh. Ini mengurangkan kesan bayang gelap yang ketara jika menggunakan direct flash. Dalam gambar ini juga kawasan background lebih cerah dan kelihatan seperti keadaan sebenar.
Bounce & White Card. Jika anda perhatikan pada flash external akan ada sekeping white card diselitkan pada hujung flash. Fungsinya sebagai fill flash untuk kaswasan shadow dan untuk membolehkan mata kelihatan berkilau dan lebih hidup berbanding bounce sahaja.

Sekian sahaja tips kali ini. InsyaAllah saya akan berkongsi tips - tips lain lagi jika masa mengizinkan. Semoga bermanfaat.

Best Regards,
Alfa Foto

Comments