Sampel Gambar High ISO Sony A6300 (Low Light)

Assalamualaikum semua, kali ini saya ingin berkongsi sampel menggunakan "High ISO" yang diambil menggunakan Sony A6300. Sampel gambar ini diambil dalam keadaan yang sangat gelap (mata kasar hanya nampak bayang - bayang sahaja) iaitu dalam keadaaan yang sangat mencabar bagi sensor kamera untuk menghasilkan imej. Untuk pengetahuan semua sensor kamera berfungsi dengan mengumpul "foton" iaitu cahaya dan memproses untuk ditukar kepada maklumat untuk menghasilkan gambar. Dalam keadaan yang sangat gelap sebegini jumlah foton yang sampai ke sensor adalah sangat sedikit, untuk menghasilkan imej yang boleh digunakan bahagian signal processing terpaksa "amplify" atau menguatkan isyarat lemah yang dihasilkan dari sensor tersebut. Kesan amplify ini secara tidak langsung akan menguatkan ralat - ralat atau kesilapan yang terhasil dari sensor disebabkan beberapa faktor dan suhu yang seterusnya menyebabkan kesan bintik - bintik yang dipanggil noise. Dalam keadaan yang cukup cahaya kesan noise yang terhasil kurang kelihatan berbanding dalam keadaan yang kurang cahaya walaupun ISO atau sensitiviti kamera disetkan pada nilai yang sama. Jom kita lihat sampel di bawah menggunakan ISO 800 hingga ISO 51200 dan tanpa Noise Reduction.

Gambar atas : ISO 800, f/1.8, 30s

ISO 1600, f/1.8, 15s

ISO 3200, f/1.8, 8s

ISO 6400, f/1.8, 4s

ISO 12800, f/1.8, 2s

ISO 25600, f/1.8, 1s

ISO 51200, f/1.8, 1s

Sekian untuk kali ini, semoga berfaedah.

Best Regards,
Alfa Foto

Comments