Tips Fotografi : Kepentingan @ Kelebihan Kamera Dengan Silent / Electronic Shutter.


Assalamualaikum semua, kali ini saya kongsikan kepentingan atau kelebihan fungsi silent shutter atau electronic shutter pada kamera untuk shoot di majlis - majlis ceramah, temuramah, wedding n segala majlis yang high profile di mana bunyi bising adalah dilarang atau dibimbangi mengganggu perjalanan majlis.
Sebelum itu saya akan terangkan dahulu cara gambar diambil dalam keadaan biasa iaitu normal shutter yang ada pada DSLR dan kamera mirroless di offkan fungsi silent shutter melalui shutter curtain atau 'pintu' penutup di depan sensor, Proses ini menghasilkan bunyi 'click'
Pada DSLR pula tahap bunyi adalah lebih kuat disebabkan adanya mirror flap iaitu cermin pemantul imej dari lens ke optical viewfinder sebelum ianya diangkat bagi membolehkan imej sampai ke sensor. Proses ini menghasilkan bunyi 'click' yang kuat selain bunyi shutter curtain yang sedia ada.
Pada kamera mirrorless yang mempunyai fungsi silent / fully electronic shutter tiada sebarang pergerakan mekanikal apabila gambar diambil. Shutter akan di on atau off secara elektronik untuk mengambil gambar.
Kelebihan silent shutter :
1) Tiada sebarang bunyi dihasilkan dan sangat berguna pada majlis - majlis yang high profile dan sunyi. Untuk photographer hidupan liar juga fungsi ni sangat berguna.
2) Mechanical shutter wear dapat dikurangkan disebabkan tiada sebarang pergerakan atau geseran ketika gambar diambil seterusnya dapat memanjangkan jangka hayat shutter kamera.
Kekurangan silent shutter :
1) Jika shoot dalam keadaan lampu kalimantang atau sebahagian jenis lampu yang berkelip (flicker) mengikut frekuensi arus elektrik (50Hz) di Malaysia akan menghasilkan gambar berbelang jika menggunakan shutter speed melebihi 1/50s.
2) Flash / Speedlight tidak dapat digunakan dalam mode ini disebabkan cara flash berfungsi dengan curtain shutter yang sangat kompleks n xde sesiapa akan faham kalau saya terangkan. So kalau nk pakai flash kene offkan fungsi silent shutter.
Nota : Gambar selebriti terkenal yang saya shoot sepenuhnya menggunakan silent shutter ini adalah En Rusdin Rahmat / Che Din DJ / Rahsia Bicara Magnetik / Din Legacy / Rahsia Ceramah Memukau. Untuk majlis motivasi, ceramah, konvokesyen, kawin n macam2 lagi bleh PM selebriti ini
Semoga berfaedah!!!
Alfa Foto
Tel : 014-5447096
Website : www.alfa-foto.com
E-mel : alfa_foto@yahoo.com
Facebook : www.facebook.com/afotografi
Instagram : alfafotografi

Comments